Make your own free website on Tripod.com

 

Dasar-dasar Pemilihan Tajuk-tajuk dalam           
Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam Al-Quran,

Perkataan "sains" daripada bahasa Latin Scire, bererti "mengetahui" atau ‘’mempunyai ilmu". Sains ialah suatu bidang ilmu yang amat luas dan merujuk kepada seluruh k-jian alam semester dan segala-gala yang ada di dalamnya sebagaimana yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. mengikut firman-Nya dengan maksudnya:

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan burnt dan apa yang ada di antara kedua-duanya, melainkan dengan benar."

(Q15-. 86).

"Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di atas bumi untuk kamu.

(Q2: 29).

Saintis bukanlah hanya berusaha memperolehi segala fakta dan konsep tentang alam sekitar ini. Dia juga menyusun dan menjelaskan segala maklumat ini berdasarkan beberapa sistem dan menunjukkan saling-kaitan saintifik antara semunya. Dia akan membuat pemerhatian yang rapi dan menjalankan eksperimen yang terperinci. Daripada maklumat yang didapati, dia akan mewujudkan "theori" dan "prinsip" yang 'akan diuji berterusan oleh saintis lain sehingga "terbukti" muktamad dan boleh dianggap sebagai "hukum sains"  Usaha mencari fakta dan prinsip baru dinamakan sains tulen dan aplikasi pengetahuan sains untuk memenuhi keperluan manusia lain dinamakan sains gunaan, Sebenarnya istilah "sains dan saintis" seperti yang difahami hari ini belum diguna di Eropah sehingga lebih kurang 100 tahun yang lalu.

 

Datam Islam, perkataan Arab 'Ilm termasuk makrifah (pengetahuhan), fiqh (pemahaman),hikmat(kebijaksanaan) dan syu'kur (perasaan). bari segi sains biasa ilmu makrifah ialah yang paling lazim digunakan dan ilmiu syukur adalah lebih berkaitan dengan sains sosial yang lebih ada hubungan dengan manusia dan perasaannya, seperti sejarah, sosiologi dan psikologi.

 

Susunan Segala Tajuk dalam Ensiklopedia ini

Sains umumnya boleh dibahagikan kepada empat bidang yang besar dengan puluhan bidang kecil yang tetap ada perkaitan rapat di antara setiapnya. Bidang-bidang utama ini fermasuklah (1) Sains Fizikal, (2) Sains Kimia dan Industri, (3) Sains Biologikal dan (4) Sains Sosial. Segala tajuk di dalam sepuluh buah jilid Ensiklopedia ini telah dipetik daripada keempat-empat bidang sains ini dengan rujukan semua pelbagai Surah dan ayat yang terdapat di muat di dalam Al-Quran

 

(1) Sains Fizikal

Sains fizikal mengkaji segala bahan dan fenomenon yang ada di dalam seluruh alam

fizikal. Sains ini menghalusi ciri, struktur dan fungsi segala benda yang bukan hidup, daripada tenaga elektrik dan proton di dalam atom sehinggalah kepada galaksi, nebula dan bintang dalam seluruh alam semesta. Matematik dan logik digunakan dengan sepenuhnya dalam sains fizikal. Bidang-bidang kecil lagi dalam Sains fizikal meliputi Fizik, Astronomi, Geologi dan Meteorologi.

 

 

Di antara tajuk-tajuk daripada bidang-bidang fizik termasuklah segala hukum-hukum yang berkaitan dengan struktur benda di dalam alam semester ini yang merujuk kepada jirim dan tenaga. Di antara tajuk-tajuk yang menarik ialah jenis-jenis tenaga seperti cahaya, bunyi, elektrik, haba, gerhana, kilat, pelangi, graviti, ilmu falak, fatamorgana, pentarikhan (penentukan usia sesuatu artifak arkeologi) dan akustik. Astronomi juga bidang fizikal yang penting dan mengandungi tajuk-tajuk seperti langit, bulan, bintang, galaksi, buruj, nebula, sistem suria (termasuk kebanyakan planet di dalamnya), Bimasakti, komet, asteroid, dilasimasi dan kesan Doppler. Geologi  ialah kajian tentang Bumi kita. Ahli geologi meneliti sejarah Bumi tentang struktur dan komposisi batu dan mineral dan perubahan fizikal dan kimia yang membentuk muka Bumi kita. Tajuk-tajuk daripada bidang ini termasuklah Bumi, batu, mineral, atmosfera (dengan tujuh lapisannya), lautan, air (kitaran, pasang surut dan hujan),gunung, hutan,gurundo.r\ hakisan. Meteorologi ialah kajian tentang komposisi atmosfera dan juga kewujudan iklim terutamanya perubahan cuaca di dalam troposfera. Ahli meteorologi menggunakan ilmu kimia, fizik dan matematik untuk membantu petani, pelayar kapal dan pemandu pesawat terbang

 

 atas     (2) Sains Kimia dan Industri         :

Kimia Berasal daripada daripada perkataan Arab al-kimia yang bererti "masakan emas", kerana hasrat orang Arab dahulu ialah hendak mencuba mengubah logam murah seperti pelumbum atau besi untuk menjadi emas. Mereka telah gagal tetapi kegiatan mereka telah memperkemaskan proses dan teknik kimia yang masih berguna hihgga hari ini. Ahli kimia mengkaji ciri, struktur komposisi dan perubahan kimia yang berlaku apabila unsur dan sebatian bereaksi dengan terhasilnya bahan baru. Tajuk kimia termasuklah kimia, alkohol, jirim, api, haba, arang, petroleum, atom dan molekul, asid dan alkali, bahan sintetik, logam seperti besi, fermentasi. Sains kimia juga menghasilkan bahan sintetik seperti heroin, narkotik, antibiotik dan antiseptik sintetik dan bahan buatan manusia seperti niton, polister, plastik, seramik, kaca, simin, kertas dan petbagai bahan industri.

(3) Sains Biologikal

Sains biologi meliputi kajian tentang semua benda hidup di dalam alam ini dan boleh dikelaskan sebagai manusia, tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma(yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop). Terdapat banyak rujukan benda hidup di dalam Al-Quran; makadimuatkan banyak juga tajuk benda hidup di dalam Ensiklopedia ini. Di antara tajuk yang disenaraikan ialah manusia, famili, gadis, haiwan, anatomi (manusia), ternakan, tumbuhan. Ada beberapa konsep umum tentang haiwan dan tumbuhan seperti artropoda (dengan insekta, krustasea, arakntda dan miriapoda) dan mikroorganisa (bakteria, protozoa, virus) dan parasit, plankton, protozoa, serangga, unfa dan zaitun. Ada juga tajuk tunggal tentang tumbuhan dan haiwan individu seperti alga, anggur, anai-anai, anjing, baghal, bakteria, bawang, belaiang, bunga, cabai, cacing, cendana, cengkih, delima, fungus, ikan, burung, jagung, kunang-kunang, lebah, labah-labah. Beberapa konsep dan proses biologi juga disenaraikan seperti diet, enzim, hormon, vitamin, embriologi, fotosintesis, respirasi inverterverta.ginekologi, habitat, halusinasi, klon, hamil, mamaiia,nutrisi,patologi,ekosistem,populasi, rantaian makanan, remaja, simbiosis, tani, ubat, umat dan umur, Ada juga banyak lagi yang termuat di dalam senarai indeks pada hujung jilid ke-10.

 

atas   (4) Sains Sosial

Sains sosial mengkaji masyarakat manusia dengan memfokuskan kepada interaksi antara individu dan komuniti dalam konteks budaya, etika dan agama. Sains sosial ini terdiri daripada geografi dan sejarah perkembangan Islam, antropologi, ekonomi, sainspolitik, psikologi dan sosiologi.

Geografi adalah integrasi di antara sains fizikal dan sains sosial dengan komponen fizikal dan biologi, seperti keadaan bumi(gunung dan dataran dan sistem perairan seperti sungai dan lautan), iklim (suhu dan hujan), tumbuhan, haiwan dan hasiI mineral. Geografi ialah kajian tentang Bum! sebagai tempat kediaman manusia, dengan ladang, kampung, bandar raya, dan kegiatan ekonomik, politik dan budaya. Sejarah ialah sains sosial tentang manusia yang menghuraikan kisah manusia yang silam dan juga mencuba memberi penjelasaan mengapa perkara ini berlaku. Ensiklopedia ini hanya memfokuskan geografi yang berkaitan dengan sejarah Islam.

Tajuk Ensiklopedia

    Bermula dengan negara Saudi Arabia, tempat permulaan kewujudan agama Islam melalui wahyu dari Allah s.w.t. kepada Rasul s.a.w untuk umat Islam melalui Malaikat Jibril. Terkandung juga huraian tentang tajuk Kaabah, Masjidil Haram dan Sumur Zamzam. Di antara negara-negara lain yang dijadikan tajuk termasuklah negara Bangladesh (88.3% Islam, populasi 129 799 000), China (populasi lebih 1 bilion dengan 38 juta umat Islam, lebih ramai daripada Saudi Arabia), Codorba (Sepanyol), Eritrea (dahulunya dinamakan Habsyah, iaitu tempat perlindungan bagi para sahabat Rasulullah s.a.w. untuk membebaskan diri. daripada kezaliman   orang Quarisy kafir di Mekah), India (dengan sumbangan Empayar Moghul sejak tahun 997 M), Indonesia (dengan 87% kaum Islam, populasi 212 942 000), Iran (dengan 89% Islam, populasi 68 960 000), Iraq (dengan 97%^ Islam, populasi 21 722 000), Jerusalem (dengan Qubbah al-Sakhrah, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, Malaysia (negara berbilang bangsa dan bahasa dengan 60.4% Islam, populasi 25 445 000), Mesir (dengan 94% Islam, populasi 67 274 000 dan di sini juga terdapat juga Masjid Al-Azhar), Mesopotamia (yang wujud sejak 10 000 tahun dahulu dan telah menjadi asal usul bagi kaum Tanah Timur Tengah termasuk bangsa dan bahasa Arab), Petra (dengan rumah yang dipahat daripada dinding Gunung) yang sekarang ialah sebahagian daripada Jordan tetapi pernah ditakluk oleh Tentera Rom dan beberapa kali dikuasai semula oleh Tentera Islam, Tunisia (dengan 98% Islam, popalasi 9 380 000) dan Turki(dengan 99.8% Islam, populasi 64 567 000). Kesemua negara ini telah memberi sumbangan utama kepada dunia Islam.

Beberapa tajuk agama Islam tulen juga dimuatkan kerana ada kepentingannya dalam perkembangan sains. Misalnya istilah Ibadat amat penting di dalam Islam kerana terdiri daripada segala amalan yang disuruh dan diwajibkan oleh Allah s.w.t. Menuntut iimu dan berf ikir ialah ibadat yang diwajibkan dalam Islam yang menjadi teras kepada pengajian sains. Tuhan bukan sahaja mewajibkan kita berfikir tetapi jua memarahi orang yang tidak menggunakan akal.

Lain-lain tajuk kebudayaan Islam yang telah dikaitkan kepada sains termasukkah, adat, adil, ahli, ajal, akal, bahagia, bakhil, bakti, bencana, ceria, cabar, cinta, cipta, cuba, damai, doa, falak, hak, halal bi halal, hamil, imbang (al mizan), jiran, remaja, rezeki, takdir, umat, umur dan zaitun.

Tajuk-tajuk lain ialah dari bidang antropologi, ekonomi, psikologi dan sosiologi. Di antara tajuk-tajuk yang dirujukkan ialah adaptasi, akupuntur, alam semesta, arkeologi, Babylon, banjir, cabar, cita-cita, ekonomi, El Nino, geriatrik, ginekologi, halusinasi, harmoni, harum, neurosis, rantaian makanan, simbiosis, tani, dan ternakan.

Andaian tentang Sains dan Al-Quran

1. Rancangkan dengan Ilmu Pengetahuan

Cita-cita ialah disuruh oleh Islam. Ini bererti kita disuruh merancangkan Sebarang tindakan dengan berdasarkan kepada kemampuan. Jangan diharapkan sesuatu yang diluar daripada kemampuan kita. Ini ialah asas prinsip sains pengurusan. Kita dilarang mengharapkan sesuatu yang tidak boleh dicapai kalau kita tiada kemahiran dan pengetahuan. Dalam keadaan serba kekurangan begini kita tidak dapat menggunakan akal kita dengan telinga, mata dan kepekaan hati yang waras. Kalau tidak ada ilmu pengetahuan kita tidak boleh menentukan objektif yang baik dan sukar akan dicapai.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawabnya. "(Q17: 36).      

atas   2. Tuhan Mencipta Sunnatullah dan Manusia Menghasilkan Barangan Sunnatullah adalah ketetapan yang telah ditentukan oleh Tuhan dan tiada sesiapa yang boleh mengubahnya. Tetapi Sunnatullah ialah sumber ilmu baru bagi kita untuk meramalkan sesuatu fenonmenon yang tetap akan berlaku (atau tidak). Maka kite boleh mengkajinya dan menggunakan ilmu ini untuk kebaikan kita semua. Gerhana boleh diramalkan. Komet Halley beredar mengikut satu manzilah yang Tuhan telah ditetapkan. Komet beredar 76 tahun setiap period (pusingan). la telah datang mendekati Bumi kita dalam tahun 1986. la pasti akan balik ke Bumi (1986 + 76 = 2062). Ini ialah ilmu sains kerana adanya Qadar Mubratn (Sunnatullah tetap)

"Kamusekali-kalitidak akan mendapat perubahan pada sunnah Allah."(Q33: 62)

 

Tiada percanggahan di antara Hukum Sains, iaitu hukum aqliah dengan Sunnatullah, iaitu hukum naqliah dan juga aqliah yang termuat di dalam Al-Quran. Kita disuruh mengamalkan Qadar Muaalaq untuk mengubah apa yang Tuhan telah dikurniakan supaya menghasilkan manfaat kepada kita. Ini ialah hukum sains dan juga hukum Allah s.w.t. Pasir perlu diproseskan menjadi kaca. Sawah perlu ditenggalakan, dialirkan dengan air, padi perlu disemai, dijaga, diketam dan barulah ditumbuk sehingga menjadi beras dan diproseskan menjadi nasi. Ini Qadar Muaalaq.

 

Top

Artikel ini di petik dari ENSIKLOPEDIA PENDIDIKAN SIANS DALAM AL QURAN

Edaran Opal Red Enterprise,Meru Klang Selangor.Anda boleh menghubungi syarikat ini di talian

 03 33926357/016 2967904 /ali_mdtaib@yahoo.com.sg